Assalamualaikum dan salam sejahtera. sesungguhnya kami anak-anak muda terpanggil untuk bersuara dan melontarkan segala apa di fikiran.. As a Malaysian, we would like to state here that we have a lot of friends that are chinese, indians and from other races. Jadi isu 'racist' ataupun perkauman yang berbangkit ini sangat mengecewakan kami..Kami tidak menyokong mana-mana pihak.. sekadar pemerhati tetapi alhamdulillah semua telah mengundi buat pertama kali pada PRU 13 yang lepas.. Sama ada percaya atau tidak,kami yakin setiap manusia ada sifat perkauman dalam dirinya..yang membezakan hanyalah sama ada rasa itu menebal ataupun tidak.. Selasa lalu,kita gempar dengan isu utama Utusan Malaysia yang berbaur perkauman.. TETAPI, apa yang dikatakan DS Najib Razak juga ada benarnya.. Kami juga tahu bahawa selama ini surat khabar berbahasa cina juga melakukan perkara yang sama tetapi tidak pernah dibangkitkan oleh sesiapa.. kenapa? berapa ramai melayu yang baca surat khabar berbahasa cina? dalam hal ini saya mohon dan berharap agar semua pemimpin tidak kira bangsa dan parti,berhentilah mengaitkan isu kaum dan agama.. bersainglah secara sihat..
Sesungguhnya PRU 13 yang lepas telah menimbulkan pelbagai fenomena, ada sebahagiannya yang kami lihat bagus seperti majoriti yang keluar mengundi meningkat, menandakan bahawa rakyat kita sedar akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Tetapi apa yang kami kesalkan ialah ada segelintir pihak yang melakukan kekecohan dan menggunakan kekerasan.. come on people.. selama ni dunia melihat kita sebagai negara yang mengamalkan budaya timur serta berbudi pekerti., Kenapa perlu kita berbalah sesama sendiri? Ini hanyalah propaganda pihak tertentu untuk melihat kita berpecah.. di sini kami bersetuju bahawa pihak luar sepatutnya tidak perlu campur tangan kerana kita rakyat Malaysia juga bijak dan tahu memilih.. Kita harus fikir kenapa negara-negara seperti Australia, United States dan juga Yahudi ingin campur tangan dalam hal ini.. Kita adalah antara negara yang tidak putus menghantar misi kemanusiaan ke Afghanistan,Pakistan dan negara-negara Islam lain..
Mungkin kita bukanlah negara berpendapatan tinggi, kita bukanlah negara yang besar dan kita juga bukan negara Islam, namun kita tetap dihormati negara-negara Islam lain. kita telah merdeka selama 56tahun,tolong jangan sia-siakan apa yang kita ada.. jangan sia-siakan perjuangan nenek moyang kita..
Walaupun kami lahir berpuluh tahun selepas merdeka, kami turut menitiskan air mata apabila melihat video sewaktu Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957 di mana kita dapat melihat semua kaum di Malaysia berkumpul bagi meraikan kemenangan terbesar kita dan juga menendakan penderitaan mereka sudah berakhir..